AGP Picks
View all

Arla Foods Ingredients dan wheyco akan mempamerkan bersama di Fi Europe bertemakan ‘Growing Stronger Together’

FRANKFURT, Jerman, Nov. 04, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Arla Foods Ingredients dan wheyco, iaitu unit perniagaan whey milik DMK Group, akan mengadakan pameran bersama di sebuah acara perdagangan buat kali pertama sejak penggabungan syarikat induk mereka.

Pada 1 Jun lalu, Arla Foods dan DMK Group telah bergabung untuk membentuk koperasi tenusu terbesar di Eropah. Di Fi Europe (17 hingga 19 November di Frankfurt), Arla Foods Ingredients, anak syarikat Arla Foods, akan menunjukkan bagaimana penggabungan tersebut telah mewujudkan perniagaan bahan ramuan yang lebih kukuh.

Gerai DMK Group serta Arla Foods Ingredients yang masing-masing membawa mesej ‘Growing Stronger Together’ akan terletak bertentangan di pameran itu. Anak syarikat DMK, wheyco, turut diwakili di gerai Arla Foods Ingredients.

Anne Widart, Naib Presiden Bahagian Komersial Arla Foods Ingredients berkata: “Salah satu daripada banyak manfaat penggabungan ini ialah terciptanya sebuah kuasa besar dalam industri bahan ramuan. Ia telah membuka sinergi dan peluang baharu, membolehkan kami membina sesuatu yang lebih baik untuk masa hadapan. Fi Europe adalah platform yang sempurna untuk menunjukkan aspirasi bersama kami.”

Pada awal tahun ini, Arla Foods Ingredients memperkenalkan buat kali pertama konsep ‘Targeted GLP-1 Companion Nutrition’, yang menunjukkan bagaimana produk padat nutrien dapat memenuhi keperluan pengguna GLP-1. Di Fi Europe, ia akan mempamerkan aplikasi baharu, termasuk yogurt boleh suap, yogurt minuman, minuman shot berprotein tinggi diperam dan minuman shot berasaskan air berprotein tinggi.

Konsep ‘Unlock Permeate’ akan menunjukkan bagaimana Variolac® keluaran Arla Foods Ingredients mampu meningkatkan kecekapan kos dan sifat deria dalam aplikasi tenusu, bakeri dan konfeksioneri. Dihasilkan melalui penapisan nano, bahan ramuan permeat whey ini menawarkan rasa susu yang ringan, kecekapan kos yang tinggi serta kandungan kalsium, magnesium dan kalium yang tinggi.

Pengunjung juga berpeluang mencuba penyelesaian nutrisi aktif baharu, termasuk shake protein, air protein dan AirBar – iaitu bar protein susu beraerasi dengan tekstur ringan yang menawarkan pengalaman deria baharu dalam kategori bar protein.

Anne Widart menambah: “Konsep-konsep ini melambangkan komitmen Arla Foods Ingredients terhadap inovasi, daripada nutrisi pendamping GLP-1 dan nutrisi aktif sehinggalah kepada peningkatan rasa dan kecekapan kos melalui permeat whey. Dengan kepakaran dan keupayaan kami yang diperkukuh oleh penggabungan ini, kami dapat memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan kami.”

Sementara itu, DMK Industry akan mempamerkan bahan ramuan berasaskan lemak, TOPPICS®, FATTICS® dan BATTICS® serta portfolio Susu Pekat Manis melalui empat konsep mewah: kek cawan dengan topping beraerasi, biskut karamel coklat, fudge espreso coklat dan Café Bombón.

Arla Foods Ingredients akan mempamerkan produknya di Gerai #30J94, bertentangan dengan DMK Group di Gerai #30K94.

Foto: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/537b5a58-0837-4197-aeb4-9588542ebb50


Hubungi: sys@ispiderpr.com

Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Advanced Search Options

Search for:

Search scope:

Type:

Search in:

Date range:

The last

Sort by:

Sign up for:

Wisconsin Business Press

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.