Wisconsin Business Press
SEE OTHER BRANDS

Keeping up with business and economy news from Wisconsin

EBC Financial Group Melancarkan Inisiatif Perdagangan Pertama di Dunia untuk Melindungi Amazon dengan Setiap Dagangan

Dari dunia dagangan ke pemuliharaan hutan hujan Amazon, firma broker dalam talian ini komited terhadap usaha kelestarian alam sekitar

MANAUS, Brazil, Oct. 25, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- EBC Financial Group hari ini melancarkan program “Lindungi Amazon Dengan Setiap Dagangan,” inisiatif pertama oleh firma broker dalam talian yang berjaya mewujudkan impak alam sekitar melalui aktiviti dagangan pelanggan di Amerika Latin. Usaha ini menonjolkan gabungan yang semakin kukuh antara pasaran kewangan dan penjagaan alam sekitar, sejajar dengan peningkatan kesedaran para pedagang dan pelabur terhadap risiko iklim serta metrik ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) dalam membuat keputusan pelaburan. Bagi setiap dagangan yang layak di rantau Amerika Latin, EBC akan membuat sumbangan bagi pihak pelanggan kepada rakan kongsi pemuliharaan yang telah disahkan, tanpa sebarang kos tambahan kepada pelanggan menghubungkan penyertaan pasaran harian dengan hasil pemuliharaan yang boleh diukur.

PLACEHOLDER

“Dengan memperkenalkan program ini, kami memberi peluang kepada pelanggan kami untuk membantu memelihara salah satu hutan hujan terpenting di dunia dalam usaha memerangi perubahan iklim. Selaras dengan dorongan COP29 untuk meningkatkan pembiayaan iklim kepada sekitar AS$1.3 trilion setahun menjelang 2035 dan membuka pelaburan swasta melalui perkongsian risiko yang lebih bijak, kami mempermudah setiap dagangan untuk menyumbang kepada perlindungan Amazon. Ini merupakan kali pertama sebuah firma broker dalam talian menghubungkan aktiviti dagangan harian dengan perlindungan ekosistem tropika pada skala sebesar ini,” kata David Barrett, Ketua Pegawai Eksekutif EBC Financial Group (UK) Ltd.

Menangani Perubahan Demografi ke Arah Nilai Alam Sekitar

Inisiatif ini menangani perubahan demografi pasaran, di mana 30% pelabur Generasi Z mula berdagang semasa di kolej atau awal usia dewasa. Generasi Z, begitu juga dengan milenial, semakin cenderung meneroka penyedia perkhidmatan kewangan yang selaras dengan nilai alam sekitar dan sosial mereka.

“Kami ingin mewujudkan cara yang mudah untuk para pelanggan kami di Amerika Latin turut serta dalam usaha pemuliharaan Amazon,” tambah Barrett. “Kempen ini membolehkan para pedagang menyokong perlindungan hutan hujan Amazon dengan mudah - bagi setiap urus niaga, kami menyalurkan sumbangan bagi pihak mereka kepada rakan kongsi pemuliharaan, sekali gus memberi impak langsung kepada ekosistem penting dunia yang berperanan sebagai pengimbang iklim global, iaitu Amazon.”

Pemuliharaan Hutan Hujan Amazon Sejajar dengan Keperluan Perniagaan

EBC mengiktiraf bahawa menyokong usaha pemeliharaan hutan hujan terbesar di dunia bukan sahaja memenuhi tuntutan alam sekitar, tetapi juga keperluan perniagaan dalam komuniti tempat ia beroperasi. Walaupun aktiviti dagangan itu sendiri tidak secara langsung mengurangkan pelepasan karbon, mengaitkan dagangan dengan pemuliharaan Amazon dapat menggerakkan modal swasta untuk memelihara kawasan simpanan karbon yang kritikal—satu intervensi keutamaan di bawah agenda 1.5ºC dan pelengkap kepada usaha penyahkarbonan secara sistemik. Menjelang COP30 Brasil Amazonia pada November 2025, sidang kemuncak Iklim PBB pertama yang dianjurkan di rantau Amazon, EBC telah mengambil pendekatan proaktif untuk mencipta impak secara menyeluruh sambil mendidik pelanggan tentang kesan setiap urus niaga terhadap kelestarian alam sekitar.

Hutan Hujan Amazon meliputi kawasan seluas 6.7 juta kilometer persegi, memainkan peranan penting dalam kestabilan iklim global dan menjadi habitat kepada kira-kira 10% spesies yang diketahui wujud di dunia. Para saintis memberi amaran mengenai risiko titik perubahan sekiranya penebangan hutan berterusan, di mana bioma tersebut boleh berubah daripada takungan karbon kepada sumber karbon dengan implikasi terhadap corak iklim global serta pasaran kewangan yang bergantung pada kestabilan alam sekitar.

Menghubungkan Pasaran Modal dengan Ketahanan Iklim di Luar Hutan Hujan Amazon

“Pasaran tidak mampu untuk mengabaikan isu iklim,” tambah Barrett. “ Amazon bukan sahaja kawasan panas biodiversiti, tetapi juga komponen utama dalam pasaran karbon global. Apa yang berlaku di hutan hujan ini akan memberi kesan langsung kepada dunia yang kita diami dan membentuk hala tuju pelaburan ESG daripada kredit karbon hingga bon hijau. Inisiatif kami menghubungkan modal dengan penyelesaian iklim dengan cara yang membawa makna kepada kedua-dua pihak, iaitu para pedagang dan juga planet ini.”

Selain Amazon, EBC turut menyatakan minat untuk menyumbang secara global bagi memanfaatkan usaha pemuliharaan lain yang berintegriti tinggi. Inisiatif ini sejajar dengan misi lebih luas EBC untuk menambah nilai kepada pelanggan sambil mencipta impak positif dalam komuniti.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Lindungi Amazon Dengan Setiap Dagangan, sila layari https://www.ebc.site/trade4earth

Perihal EBC Financial Group

Diasaskan di London, EBC Financial Group (EBC) ialah jenama global yang terkenal dengan kepakarannya dalam pembrokeran kewangan dan pengurusan aset. Melalui entiti dikawal selia yang beroperasi merentas bidang kuasa kewangan utama—termasuk UK, Australia, Kepulauan Cayman, Mauritius dan lain-lain—EBC membolehkan pelabur runcit, profesional dan institusi untuk mengakses pasaran global dan peluang perdagangan merangkumi mata wang, komoditi, CFD dan banyak lagi.

Dipercayai oleh pelabur di lebih 100 negara dan diiktiraf dengan pelbagai anugerah global termasuk pengiktirafan berterusan daripada World Finance, EBC dianggap secara meluas sebagai antara broker terbaik di dunia dengan gelaran seperti Platform Dagangan Terbaik dan Broker Paling Dipercayai. Dengan pengawalseliaan yang kukuh dan komitmennya terhadap ketelusan, EBC juga ditempatkan dalam kalangan broker teratas secara konsisten—dipercayai bagi kebolehannya untuk menyediakan penyelesaian perdagangan yang selamat, berinovatif dan mengutamakan pelanggan merentas pasaran antarabangsa bersaingan.

Anak-anak syarikat EBC dilesenkan dan dikawal selia dalam bidang kuasa tempatan masing-masing. EBC Financial Group (UK) Limited dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA) UK, EBC Financial Group (Cayman) Limited dikawal selia oleh Cayman Islands Monetary Authority (CIMA); EBC Financial Group (Australia) Pty Ltd dan EBC Asset Management Pty Ltd dikawal selia oleh Australia's Securities and Investments Commission (ASIC); EBC Financial (MU) Ltd diberikan kuasa dan dikawal selia oleh Financial Services Commission Mauritius (FSC).

Teras EBC terdiri daripada pasukan veteran industri dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam institusi kewangan utama. EBC telah mengharungi kitaran ekonomi utama dari Plaza Accord dan krisis franc Swiss 2015 hingga pergolakan pasaran akibat pandemik COVID-19. Kami memupuk budaya yang mengutamakan integriti, rasa hormat dan keselamatan aset pelanggan, memastikan setiap hubungan pelabur dikendalikan dengan kesungguhan yang sewajarnya.

EBC merupakan rakan kongsi pertukaran asing rasmi bagi FC Barcelona yang berbangga dan terus memacu perkongsian penuh impak bagi memperkasakan komuniti – seperti melalui inisiatif United to Beat Malaria Yayasan UN, Jabatan Ekonomi Universiti Oxford dan pelbagai rakan kongsi untuk mendukung inisiatif dalam kesihatan, ekonomi, pendidikan dan kelestarian global.

https://www.ebc.com/

Hubungan Media: 

Alya Amani
Eksekutif Perhubungan Awam Global
alya.amani@ebc.com

Aldric Tinker Toyad
Ketua Perhubungan Awam Global
aldric.tinker@ebc.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/809dbf7f-937d-472a-bbfe-fe4e8b4ab1f8/ms


Primary Logo

Hutan Hujan Amazon

EBC Financial Group menggabungkan aktiviti dagangan dengan pemuliharaan melalui kempen terbaharunya yang mengaitkan setiap urus niaga pelanggan dengan perlindungan hutan hujan Amazon.

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions